
Berniqab bukanlah trend terkini. Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim. Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yang lain. Berniqab bukan untuk memperlekehkan sesama muslimin dan muslimat.
Jadi sebelum mulakankan niqab di wajah, niqabkan hatimu dahulu. Niqabkan jiwamu dahulu. Niqabkan lidahmu dahulu. Niqabkan langkahmu dahulu.
Kerana yang berlindung belum tentu terus berlindung. Yang buka belum tentu terus terbuka. Berilmulah sebelum kau beramal wahai sahabat.
Kan silih berganti ujian ALLAH swt. Menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dalam dirinya kerana ALLAH Swt. Usahlah melatah bila difitnah kerana kau memang berlindung dari fitnah. Maka fitnah itu pasti berlegar di luar lingkungan niqabmu. Apabila ada kesempatan, pasti fitnah itu menerjah ke dalam.
Usahlah kau mendongak wajah ke langit. Belum tentu yang berniqab itu beriman. Kerana itu ku katakan, niqabkan dirimu sebelum kau niqabkan wajahmu.
Istiqamah bukan hanya sekadar kata. Istiqamah bukan hanya ayat cantik, untuk ditaip di facebook, twitter, myspace dan ym tetapi ia perlulah dari jiwa yang tulus demi ALLAH SWT. jadi, niqabkan setiap kata2 mu.
Yang membuka aurat, dah terang tak nak berundur mendengar perintah ALLAH.
Janganlah yang memberati aurat ini mencemar niqab itu sendiri.
Jari-jemari di papan kekunci katakan Aku cinta ALLAH, Aku cinta RASUL
Yakinkah anda? Jangan berkata tapi hakikatnya berpeluk tubuh terlalu sarat dengan kata nista. Jangan kau berdusta!
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu, jagalah namaku, jagalah namanya, jagalah nama mereka. Niqab bukan fesyen terbaru. Niqab bukan pelindung maksiat. Niqab juga bukan barang pemangkin ikhtilat. Dan niqab bukan untuk di persendakan.
Berilmulah sebelum beramal kerana yang menderita mereka yang habis-habisan berjuang.



No comments:
Post a Comment