2 0 1 5 ~
Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah, dah masuk tahun 2015. Tahun baru, result baru, iman pun baru, tapi azam tetap sama ^^
Awak, 2014 dah berakhir. Maafkan salah silap saya selama saya menaip. Biarkan salah tu semua terkubur bersama 2014. In sha Allah, tahun ni bakal menjadi tahun yang paling "tough" bagi batch '98 :)
*nah! Peringatan untuk batch '98
Bukan apa. Saja nak bagi korang kesedaran. Kita dah form 5 weh! Hahaha *tutup mulut* opss ter-over pulak hihi
Terima kasih 2014,
Di mana kebahagiaan dicipta
Di mana kedukaan dipendam
Di mana kenangan ditinggalkan
Terima kasih buat keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang. Tidak dilupakan juga buat sahabat yg sentiasa bersama walaupun banyak dugaan yang kita tempuhi. Terima kasih juga buat orang yang tersayang kerana sentiasa memahami saya. Terima kasih buat yang membenci diri ini. Awak mengajar saya supaya bersabar :)
Last, but not least. Saya harap kita mampu buat yang terbaik untuk masa-masa yang akan datang. In Shaa Allah, kalau ada rezeki, blog ni akan ditulis lagi, lagi dan lagi. Kalau takde, sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment