Saturday, April 20, 2013

Jodoh itu Rahsia ALLAH :')




Tajuk entry kali nih zapp kan ?
Jodoh itu Rahsia Allah . Agak menarik juga entry kali nih yang nak dikongsi . Kita pun taktahu siapa jodoh kita . Serahkan hati pada orang yang kita sayang takbermakna itu adalah jodoh kita . Cuma bagi aku , manusia hanya merancang , Allah yang menentukan segala-galanya . Sebaik-baik perancangan , adalah perancangan Allah .

Dalam pengalaman diri ini pernah menyayangi seorang lelaki , walaupun hubungan terputus dipersimpangan jalan , tapi perasaan sayang tu memang takdapat untuk di buang walaupun hampir 5 bulan . Sampailah suatu ketika , di hati ini bertanya adakah ini jodoh diri . Kita takdapat tipu hati kita . Jadi jalan yang terbaik adalah berterus terang . Biar pun jawapannya bukan yang kita inginkan , mungkin itu takdirnya . Jadi , berserah kepada Allah jika kita dah berusaha :')

Takbererti kita kalah jika kita berterus terang dan mendapat keputusan yang tidak kita inginkan . Hanya mungkin dalam perancangan Allah . Adapun kita terlalu sayangkan dia , mungkin jodoh itu berkekalan atau akan ada yang terbaik untuk kita dan si dia . 

Semua antara kita mengharapkan jodoh yang terbaik . Tetapi harus diingatkan bahawa laki-laki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan sebaliknya . Jadi seharusnya kita berusaha menjadi yang terbaik untuk diketemukan bersama-sama jodoh yang Terbaik . Insyaallah :')

Wallahu'alam .

No comments:

Post a Comment